Wednesday 30 March 2016

Biografi Kumpulan dan Ahli Kumpulan

BIOGRAFI KUMPULAN DAN AHLI KUMPULAN


Kumpulan "HALIFAH HADIRAH"



Halifah bermaksud perjanjian, persahabatan
Hadirah bermaksud pandai bijak

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam berbahagia dari kami bertiga. Kumpulan kami terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Nur Jannatul Firdaus Binti Yusof, Khairul Wara binti Abdul Aziz dan juga Siti Nuratiqah binti Azman. Kami mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Awam , dari kelas DKA2A. Kami mempunyai latarbelakang berbeza dan berasal dari tempat yang berbeza namun mempunyai minat yang sama iaitu alam semulajadi dan tumbuh- tumbuhan. Kami memilih tajuk Proses Kejadian Tumbuh-tumbuhan dari Segi Sains dan Islam kerana tajuk ini bersesuaian dengan minat kami yang mendalam terhadap alam semulajadi dan flora ciptaan Allah SWT.
Sekian, salam ukhwah dari kami :)

Pengenalan

PENGENALAN 
Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.
Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesisdiklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis. Cahaya matahari, udara dan juga air merupakan keperluan asas bagi setiap tumbuhan.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanjiSel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.

Khasiat Tumbuh-tumbuhan

HERBA DENGAN RAHSIA NILAI UBATANNYA


  Kelebihan Herba Herba menurut kamus dewan bahasa dan pustaka merupakan tumbuhan dimana daun dan bahagian lain tumbuhan tersebut yang boleh dibuat ulam dan memberikan nilai ubatan kepada orang yang mengamalkan memakannya. Kita sebagai manusia seharusnya memanfaatkan dengan sebaiknya nilai perubatan yang terdapat pada herba. Kebanyakan ilmu perubatan tradisional masih lagi menggunakan tumbuhan herba sebagai bahan utama dalam perubatan mereka. Walau bagaimanapun ilmu perubatan yang diamalkan ini tidak direkodkan seperti ilmu perubatan allopati tetapi ia diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya melalui kaedah lisan. Tumbuhan-tumbuhan herba merupakan sumber penghasilan analgesik, antibiotik, enzim-enzim, hormon-hormon diuretik, kompaun-kompaun anti parasit, laksatif, anti-koagulan dan pelbagai bahan lagi. Kesemua bahan ini dapat dikesan selepas beberapa kajian dijalankan ke atas tumbuhun herba untuk melihat bahan yang terkandung di dalamnya. Menurut Perubatan Kesihatan Sedunia ( WHO ), hampir 70% dari populasi sedunia menggunakan ubat dari tumbuhan herba terutamanya di negara-negara sedang membangun dan mundur kerana ianya murah dan mudah didapati. Pengguna di negara-negara maju menggunakan tumbuhan herba sebagai alternatif kepada rawatan moden. Jenis tumbuhan herba yang bincangkan di sini ialah bawang putih, pegaga, kunyit, dan senduduk putih. Tumbuhan herba yang pelbagai ini mengandungi nilai perubatan yang berbeza di antara satu sama lain



 HABBATUS SAUDA (JINTAN HITAM)


 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jintan hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat.  Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala sesuatu yang boleh hancur.  Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis.  Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas  karena faktor temporal’ (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 365)




SENDUDUK ( Melastoma malabathrium )


 


 Tumbuhan herba berbunga putih ini bernilai tinggi dalam perubatan trdisional untuk merawat cirit-birit, berak berdarah, menghentikan pengaliran darah haid yang tidak kering-kering, mengubati penyakit keputihan, rawatan buasir, meredakan sakit gigi dan membuang angin di dalam tubuh badan. Kajian saintifik yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat sifat anti-agregasi pada herba ini yang membolehkan pendarahan berhenti.

 Daun senduduk yang tua ditumbuk dengan kunyit hidup dan kemudian dicampur dengan air dan diminum. Untuk mengubati penyakit keputihan, rebus dua ranting daun senduduk putih dengan sedikit gula, halia dan daun bonglai. Bila campuran air rebusan itu mendidih dan dibiarkan sejuk, kemudian diamalkan meminumnya setiap pagi dan malam. Bagi meredakan sakit gigi, akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan itu juga sesuai dibuat mandi untuk tujuan melembutkan kaki dan membung angin di dalam tubuh badan.

Khasiat Tumbuh-tumbuhan

KUNYIT ( Curcuma domestica ) 




Dalam perubatan tradisional, kunyit banyak digunakan dalam campuran rempah ratus dan jamu. Mengikut kepercayaan orang Melayu, ibu kunyit boleh membersihkan rahim dan mengecutkannya bagi wanita selepas bersalin. Walaubagaimanapun kunyit biasanya tidak digunakan bersendirian tetapi dicampurkan dengan lada hitam atau lempoyong. Kunyit juga dikatakan boleh mengubati sakit perut, reumatisme, demam, batuk, penyakit lelah, cirit-birit dan gatal pada mata. Bagi mengurangkan rasa gatal pada mata, air rebusan kunyit dititiskan ke dalam mata. Manakala bagi penyakit kurap susu pula dapat diatasi dengan menyapu kunyit yang dicampur dengan kapur pada kulit. Penyakit ini kerap dialami oleh bayi yang baru lahir. Dalam masyarakat Melayu Sarawak, bunga kunyit digunakan oleh wanita selepas bersalin sebagai ulam. Bunga kunyit dikatakan sama khasiatnya dengan ibu kunyit iaitu menyembuhkan luka bersalin, memulihkan rahim dan awet muda. Bagi masyarakat Melayu di Pantai Timur Semenanjung pula tidak terhad kepada wanita bersalin sahaja, amalan memakan bunga kunyit sebagai amalan dapat menambah seri muka.

 Dalam perubatan tradisional India, kunyit digunakan sebagai herba pencuci. Sesetengah masyarakat India menggunakan kunyit sebagai sapuan ( pes ) pada bahagian badan untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal. Ahli perubatan Cina pula percaya kunyit boleh melancarkan perjalan darah, melegakan sakit, menghilangkan kesan lebam dan darah beku serta berkesan dalam mengubati sakit perut. Kunyit juga boleh digunakan untuk mengubati bisa patukan ular tedung dan ia dipercayai dalam perubatan Thailand. 

Ada penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, menngurangkan toksin hati, membantu proses ungkaibina lemak, mempunyai kesan antimerangsang tindakan dan non-steroidal. Salah satu ciri yang menentukan mutu kunyit ialah kandungan curcumin dan minyak patinya. Curcumin ialah salah satu pigmen kunyit yang mengandungi ciri perubatan. Minyak pati kunyit didapati boleh menyembuhkan bengkak dan sakit artritis serta boleh menentang kuman.



BUAH KURMA




Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
 
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا (25)

 "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.
  
KHASIAT KURMA
 

 Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kandungan Kurma Kering
%
Gula
Lebih 50
Protein
Lebih 2
Lemak
Lebih 2
Sumber Mineral
Lebih 2
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.
Kurma Mencegah Serangan Stroke
•        Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.
Cukup  Lima Butir Sehari..!

*      Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap  400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana  kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.

Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.
Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer

*      Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering  juga kaya dgn kalium  kerana ia juga mengandung salisilat.

Orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama  dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma. 
Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.

Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi  boleh juga meredakan sakit kepala.

Komposisi Gizi
*      Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.

Di negera Arab kurma  mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)

Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.  

Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini  juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang  secara  mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim


Khasiat Tumbuh-tumbuhan

 PEGAGA ( Centella asiatica ) - Kelebihan 



Herba Khasiat pegaga telah lama diiktiraf di seluruh Asia. Masyarakat Cina menamakannya Ching Chow Sui manakala orang India memanggilnya Valeerai dan Gotu kola. Nama-nama ini telah tercatat dalam manuskrip Ayurvedic di India lebih 4,000 tahun dahulu dan Shennong Herbal di China sejak 2,000 tahun lalu. 

Masyarakat India percaya bahawa pegaga dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser dan luka-luka. Pada tahun 1949 satu kajian telah dijalankan ke atas pegaga dan mendapati bahawa ia mujarab mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Manakala penyelidikan yang dijalankan pada 1950 pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit.

 Masyarakat Cina pula bergantung kepada pegaga untuk mengubati gangguan emosi seperti tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah fizikal. Ia adalah herba serbaguna untuk mengubah sistem saraf serta meredakan tekanan perasaan. 

Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) sebagai herba yang menjana kecerdasan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak. WHO memperakui bahawa pegaga kaya dengan pelbagai ramuan ubatan. Herba ini amat mujarab dan akan memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. Dr. Robert D. Willix Jr. dalam bukunya Health and Longevity Newsletter menggelar sebagai “herba ajaib” kerana ia dapat membantu peredaran darah serta meningkatkan kesihatan kulit. 


Selain daripada khasiat-khasiat yang disebutkan pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit serta tekanan darah tinggi. Daun pegaga yang diramas dengan sedikit air pula amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolegan, merangsang pembentukan rambut dan kuku.



Khasiat Tumbuh-tumbuhan



  BAWANG PUTIH ( Allium sativum ) 



Herba Bawang putih merupakan antara tumbuhan yang digunakan di dalam masyarakat Malaysia di dalam memasak makanan terutamanya untuk menumis. Walaupun baunya kurang enak tetapi mutakhir ini ciri-ciri perubatan menakjubkan yang terdapat pada bawang putih semakin terserlah. Pakar herba telah lama menganggap bawang putih sebagai " herba atau makanan ajaib" kerana unsur perubatan dan antibiotik yang ada padanya dapat membersihkan sistem tubuh dan mencegah pelbagai penyakit. Rekod Sanskrit menunjukkan bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan tradisional hampir 5,000 tahun dahulu, manakala masyarakat Cina menggunakannya sejak 2,000 tahun dahulu. Khasiat bawang putih yang selalu diperkatakan oleh pengamal perubatan tradisional digunakan di dalam ramuan tonik wanita selapas bersalin, untuk mengeluarkan angin di dalam badan, mengatasi masalah usus dan penghadaman serta masalah parasit. Masyarakat Cina pula percaya bahawa bawang putih dapat menyembuhkan luka dengan cepat dan melegakan sakit reumatik. Bawang putih yang dimakan mentah pula berupaya untuk merawat asma, artritis, selesema, jangkitan sinus dan sakit tekak.


Antibarah


 Para penyelidik telah menemui sebatian unik di dalam bawang putih iaitu Allican yang mengandungi khasiat perubatan semulajadi seperti ciri antibakteria, antivirus, antibarah dan mencegah penyakit jantung. Bahan ini juga mampu merencat pertumbuhan tumor dengan merencat pembahagian dan pembesaran sel-sel. Allican juga berupaya untuk membaiki dan menguatkan sistem pertahanan tubuh seseorang. Sebatian allil disulfida yang terdapat di dalam bawang putih turut membantu mencegah pertumbuhan tumor malignan ( ganas ).

 Penyelidikan yang dilakukan di China pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa seseorang yang kerap atau mengamalkan memakan bawang putih dapat mengurangkan kadar serangan barah perut. Hal yang sama juga berlaku di Peking, kadar kematian disebabkan penyakit barah di dapati rendah bagi penduduk yang kerap memakan bawang putih secara berterusan. Mereka mengambil sehingga 200g bawang putih setiap hari. Hal sebaliknya berlaku kepada orang yang tidak memakan bawang putih, mereka lebih mudah diserang penyakit barah. Namun begitu masih belum terdapat bukti kukuh menyatakan bahawa dengan mengamalkan pengambilan bawang putih dapat mengelakkan diri manusia dari penyakit barah secara keseluruhannya. 

Selain berupaya mengurangkan kadar penyakit barah, bahan Allican dapat mengurangkan tahap kolestrol sehingga 19% disamping berupaya menghalang pengumpalan platlet darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah. Penemuan ini diperolehi melalui penyelidikan penyakit jantung di Yayasan Jantung British dan Jabatan Kesihatan Umum di Oxford. 

Secara tradisional, penggunaan bawang putih untuk mengurangkan penyakit jantung telah lama diamalkan oleh penduduk Mediterranean dan juga negara-negara Asia di mana bawang putih mudah diperolehi. Di China dan Jepun, bawang putih telah digunakan untuk merawat darah tinggi ( hypertension ). Herba ini juga telah dibuktikan dapat mengurangkan lemak dan gula di dalam darah. Ia mengandungi komponen antikoagulan iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai pembersih darah, mengawal penyakit jantung dan strok. Bagi pesakit jantung, kesan bawang putih lebih efektif daripada aspirin kerana kandungan Allican dapat merencat pengumpulan platlet yang boleh menyumbat saluran darah tanpa mengganggu fungsi enzim.

Antimikrob 

Menurut sejarah, Louis Pasteur ( 1858 ) telah berjaya membunuh bakteria di dalam makmal dengan mencampurkan ekstrak bawang putih ke dalam media kalturnya. Kajian selanjutnya pula mendapati bahawa ekstrak bawang putih yang apabila dicampurkan bersama-sama medium kaltur akan merencat pertumbuhan bakteria, yis, kulat dan juga virus. Satu komponen kimia yang terdapat di dalam bawang putih ialah Ajoene yang berupaya merencat pertumbuhan lebih daripada 20 varieti kulat seperti Fusarium lini, Candida albicans dan Athlete's foot. Minyak yang diperolehi daripada bawang putih berkesan dalam merencat pertumbuhan bakteria berbahaya seperti Clostridium botulinum yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Ciri antimikrob ini boleh diperolehi daripada ekstrak bawang putih, daun serta minyaknya. Walaubagaimanapun bahan-bahan kimia yang bertindak sebagai antimikrob ini akan termusnah keseluruhannya jika dipanaskan pada suhu 100°C selama 20 minit. 



Sunday 20 March 2016

Pandangan Ulama' dan Saintis Tentang Pertumbuhan Tumbuh-tumbuhan

PANDANGAN ULAMA' TENTANG 
PERTUMBUHAN TUMBUH-TUMBUHAN






PANDANGAN SAINTIS MENGENAI PERTUMBUHAN TUMBUH-TUMBUHAN


Sebagaimana dengan bentuk-bentuk hidup yang lain dalam bidang biologi, kehidupan tumbuh-tumbuhan boleh dikaji dari berbagai-bagai sudut pandangan, dari peringkat biologi molekulgenetik, dan biokimia sehingga organelseltisuorgan, individu, populasi tumbuhan, dan kepelbagaian biologi tumbuhan. Pada setiap peringkat itu, seseorang ahli botani mungkin akan melibatkan diri dalam pengelasan (taksonomi), struktur (anatomi), atau fungsi (fisiologi) kehidupan tumbuhan.
Secara sejarah, botani merangkumi semua organisma yang tidak dianggap sebagai haiwan. Sebilangan daripada organisma yang "macam tumbuhan" termasuk:
·         kulat (dikaji dalam bidang mikologi);
·         bakteria dan virus (dikaji dalam bidang mikrobiologi); dan
·         alga (dikaji dalam bidang fikologi).
Kebanyakan alga, kulat, dan mikrob tidak lagi dianggap sebagai sebahagian alam tumbuhan. Bagaimanapun, perhatian masih diberikan kepada organisma-organisma itu oleh ahli-ahil botani, dan bakteria, kulat, dan alga biasanya dicakupi dalam kursus-kursus botani pengenalan.
Mengapakah kita harus belajar tentang tumbuh-tumbuhan? Tumbuh-tumbuhan merupakan sebahagian asas kehidupan dalam bumi ini. Tumbuh-tumbuhan menghasilkan oksigenmakanangentian, bahan api, dan ubat yang membenarkan bentuk-bentuk hidup yang lebih tinggi untuk wujud. Tumbuhan-tumbuhan juga menyerap karbon dioksida, sejenis gas rumah tanaman, melalui prosesfotosintesis. Pemahaman yang baik terhadap tumbuh-tumbuhan adalah penting untuk masa hadapan manusia kerana tumbuh-tumbuhan membenarkan kita:
·         memberi makan kepada dunia;
·         memahami proses hidup asas;
·         menggunakan tumbuhan untuk ubat dan bahan; dan

·         memahami perubahan alam sekitar.

Memberi makan kepada dunia


Gregor Mendel mengasaskan genetik daripada kajian tumbuhannya.
Hampir kesemua makanan kita datang secara langsung daripada ruji-ruji serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, atau secara tidak langsung melalui ternakan yang bergantung kepada tumbuhan-tumbuhan untuk makanan. Dengan kata yang lain, tumbuh-tumbuhan terletak pada asas hampir semua rantai makanan yang digelarkan oleh ahli ekologi sebagai paras trofik pertama. Memahami bagaimana tumbuhan-tumbuhan menghasilkan makanan kita adalah amat penting untuk memberi makan kepada duniaserta untuk memberikan keselamatan makanan untuk generasi-generasi yang akan datang, umpamanya melalui pembiakbakaan tumbuhan.
Bukan semua tumbuhan adalah berfaedah kepada manusia. Sebilangan rumpai menimbulkan masalah yang besar dalam pertanian, dan botani membekalkan sebahagian pengetahuan sains asas untuk memahami bagaimana untuk mengurangkan kesannya. Bagaimanapun, rumpai yang lain merupakan tumbuhan perintis yang memulihkan alam sekitar yang disalahgunakan. Oleh itu, istilah "rumpai" merupakan suatu konsep yang relatif, dan takrif yang lebih umum untuk "rumpai" ialah sesuatu tumbuhan yang tidak begitu berjaya. Etnobotani ialah kajian tersebut serta hubungan-hubungan yang lain antara tumbuh-tumbuhan dengan manusia.

Memahami proses hidup asas
Tumbuh-tumbuhan merupakan organisma yang sesuai untuk mengkaji proses hidup yang asas, seperti pembahagian sel dansintesis protein, tanpa menimbulkan dilema etika yang dihadapi dalam kajian haiwan atau manusia.
Hukum-hukum genetik pewarisan telah ditemui dengan cara ini oleh Gregor Mendel ketika beliau sedang mengkaji cara bagaimana bentuk kacang pea diwariskan. Apa yang Mendel belajar daripada kajian tumbuhannya telah memberikan manfaat yang besar kepada bidang-bidang di luar bidang botani. Selain itu, Barbara McClintock telah menemui 'gen melompat' melalui kajian jagung. Ini merupakan salah beberapa contoh untuk menunjukkan bagaimana penyelidikan botani mempunyai hubungan yang berterusan terhadap pemahaman proses-proses biologi asas.





Fakta dari Al-Quran dan Hadis


FAKTA DARI AL-QURAN DAN HADIS MENGENAI TUMBUH-TUMBUHAN

Tumbuh-tumbuhan sebagai makhluk hidup terdiri dari batang tubuh dan berbagai jaringan sel dan sel. Sel tumbuh-tumbuhan ini mempunyai kelebihan dibandingkan sel makhluk hidup lainnya, di mana ia mempunyai lapisan plasma yang memiliki kemampuan untuk melakukan penyeleksian sesuai kehendaknya. 

Plasma memiliki kebebasan untuk menyeleksi zat yang boleh dicerna oleh tumbuh-tumbuhan dan yang tidak boleh dicernanya. Plasma inilah yang berwenang untuk memasukkan sebagian zat ke batang tubuh dan menolak zat yang lainnya.

Dalam melakukan tugas penyeleksian ini, plasma memerhatikan semua zat yang masuk ke dalam sel tumbuh-tumbuhan yang akan digunakan dalam proses pencernaan untuk memproduksi energi yang dibutuhkannya. Karena untuk menunjang pertumbuhannya, tumbuh-tumbuhan memerlukan zat-zat makanan tertentu untuk pertumbuhan selnya dan untuk membantu proses pembuatan makanan yang dilakukan melalui klorofil.

Keperluan tumbuh-tumbuhan akan zat-zat makanan tertentu ini, harus sesuai dengan porsinya. Karena kalau dalam proses pembuatan makanan itu, unsur-unsur yang yang dimakannya melebihi kadar kemampuannya, maka hal itu bisa mengakibatkan bahaya tertentu yang berkaitan dengan batang tubuh dan fungsinya. 

Bahkan bisa mengakibatkan tumbuh-tumbuhan itu terkena racun. Di sinilah peranan plasma dalam mengatur keluar-masuknya semua unsur yang boleh dimakan oleh tumbuh-tumbuhan sesuai ‘aturan’ yang ditentukan untuknya.

Peraturan itu juga akan tampak saat tumbuh-tumbuhan melalui plasma yang terdapat pada akarnya, menyeleksi semua zat yang diperlukannya untuk pembentukan inti sel dari unsur-unsur yang terdapat dalam tanah. Sehingga ia bisa menghasilkan buah-buahan yang memiliki rasa tertentu sesuai dengan jenis masing-masing tumbuh-tumbuhan.
Semua yang kita bicarakan di atas, telah diterangkan oleh Alquran sejak 14 abad yang lampau. Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 4:
"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
Berdasarkan ayat di atas, kelebihan yang dimiliki oleh salah satu tumbuh-tumbuhan dalam menyeleksi unsur bahan makanan yang diserapnya berpengaruh kepada rasa, kualitas dan warna dari buah-buah yang dihasilkannya.(Ensiklopedi Petunjuk Sains dalam Alquran dan Sunnah/DR Abdul Basith Jamal & DR Daliya Shadiq Jamal/rol)


Rasulullah SAW bersabda,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلَّا كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ مِنْهُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا أَكَلَتْ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ وَلَا يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلَّا كَانَ لَهُ صَدَقَةٌ
“Tak ada seorang muslim yang menanam pohon, kecuali sesuatu yang dimakan dari tanaman itu akan menjadi sedekah baginya, dan yang dicuri akan menjadi sedekah. Apa saja yang dimakan oleh binatang buas darinya, maka sesuatu (yang dimakan) itu akan menjadi sedekah baginya. Apapun yang dimakan oleh burung darinya, maka hal itu akan menjadi sedekah baginya. Tak ada seorangpun yang mengurangi, kecuali itu akan menjadi sedekah baginya” . [HR. Muslim]

Rasulullah SAW bersabda,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ
“Tak ada seorang muslim yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau hewan, kecuali ia akan mendapatkan sedekah karenanya”. [HR. Al-Bukhoriy]


Allah yang menumbuhkan tanaman dari air hujan

{وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انْظُرُوا إِلَى ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ} [الأنعام: 99]
Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. [Al-An'aam:99]
     Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. [Al-An'aam:141]
     Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam. [Thaahaa:53]