Saturday, 19 March 2016

Proses Kejadian Tumbuhan Mengikut Sains

PERSENYAWAAN GANDA DUA

 Semasa pendebungaan, butir debunga dari anter dipindahkan ke stigma.
 Sejenis larutan bergula direm­beskan oleh stigma merangsang butir debunga untuk bercambah.
 Tiub debunga tumbuh dari butir debunga.
 Nukleus tiub bergerak ke hujung tiub debunga. Arah pertum­buhan tiub debunga dikawal oleh nukleus tiub.
 Nukleus generatif di belakang nukleus tiub membahagi secara mitosis untuk membentuk dua gamet jantan yang dipanggil nukleus jantan (Rajah 13.16).
 Tiub debunga tumbuh meman­jang melalui stil menuju ke ovari dan masuk ke dalam ovul melalui mikropil (Rajah 13.17).
 Apabila tiub debunga sampai ke pundi embrio di dalam ovul, nukleus tiub merosot dan hujung tiub debunga pecah.               
                                   


                                                   
                                                     

 Persenyawaan berlaku. Salah satu nukleus jantan bercantum dengan sel telur untuk mem­bentuk satu zigot diploid (2n). Nukleus jantan yang satu lagi bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk satu nukleus triploid (3n) atau zigot triploid (Rajah 13.18).

 Persenyawaan berlaku dua kali kerana terdapat dua nukleus jantan. Proses ini dipanggil persenyawaan ganda dua.


No comments:

Post a Comment