Saturday, 19 March 2016

Proses Kejadian Tumbuhan dari Segi Sains

PERTUMBUHAN SEKUNDER

Pertumbuhan sekunder menye­babkan pertambahan ukur lilit batang dan akar.
Pertumbuhan sekunder adalah hasil pembahagian sel meristem lateral akar dan batang dikotiledon.
Meristem lateral terdiri daripada kambium vaskular dan kam­bium gabus.
 Pertumbuhan sekunder melibat­kan aktiviti:

(a) kambium vaskular dalam berkas vaskular
(b) kanbium gabus di bawah epidermis

AKTIVITI KAMBIUM VASKULAR

 Kambium vaskular di dalam berkas vaskular aktif membahagi secara mitosis.
2Sel kambium vaskular membahagi secara lateral untuk membentuk gelang kambium (Rajah 13.27).
 Sel kambium dalam berkas vas­kular membahagi secara tangen untuk menghasilkan sel baham. Sel pada lapisan dalam membeza untuk membentuk xilem sekun­der sementara sel pad a lapisan luar membentuk floem sekunder.
Xilem primer ditolak ke arah empulur sementara floem primer ditolak ke arah epidermis.
Dinding xilem sekunder ditebalkan dengan lignin bagi memberi sokongan.
 Sel kambium dalam gelang mem­bahagi untuk membentuk sel parenkima sekunder.
 Penambahan tisu sekunder menambahkan diameter dan menyebabkan epidermis terbelah atau retak.




Aktiviti kambium gabus

 Sel kambium gabus di bawah epidermis aktif membahagi untuk membentuk lapisan luar sel gabus dan korteks sekunder dalaman (Rajah 13.28).
 Dinding sel gabus mengandungi suberin (bahan berlilin) untuk menghalang kehilangan air dari­pada batang dan melindungi batang daripada kecederaan mekanikal.

3 Epidermis meregang dan terbelah. 

No comments:

Post a Comment