Sunday, 20 March 2016

Pandangan Ulama' dan Saintis Tentang Pertumbuhan Tumbuh-tumbuhan

PANDANGAN ULAMA' TENTANG 
PERTUMBUHAN TUMBUH-TUMBUHAN






PANDANGAN SAINTIS MENGENAI PERTUMBUHAN TUMBUH-TUMBUHAN


Sebagaimana dengan bentuk-bentuk hidup yang lain dalam bidang biologi, kehidupan tumbuh-tumbuhan boleh dikaji dari berbagai-bagai sudut pandangan, dari peringkat biologi molekulgenetik, dan biokimia sehingga organelseltisuorgan, individu, populasi tumbuhan, dan kepelbagaian biologi tumbuhan. Pada setiap peringkat itu, seseorang ahli botani mungkin akan melibatkan diri dalam pengelasan (taksonomi), struktur (anatomi), atau fungsi (fisiologi) kehidupan tumbuhan.
Secara sejarah, botani merangkumi semua organisma yang tidak dianggap sebagai haiwan. Sebilangan daripada organisma yang "macam tumbuhan" termasuk:
·         kulat (dikaji dalam bidang mikologi);
·         bakteria dan virus (dikaji dalam bidang mikrobiologi); dan
·         alga (dikaji dalam bidang fikologi).
Kebanyakan alga, kulat, dan mikrob tidak lagi dianggap sebagai sebahagian alam tumbuhan. Bagaimanapun, perhatian masih diberikan kepada organisma-organisma itu oleh ahli-ahil botani, dan bakteria, kulat, dan alga biasanya dicakupi dalam kursus-kursus botani pengenalan.
Mengapakah kita harus belajar tentang tumbuh-tumbuhan? Tumbuh-tumbuhan merupakan sebahagian asas kehidupan dalam bumi ini. Tumbuh-tumbuhan menghasilkan oksigenmakanangentian, bahan api, dan ubat yang membenarkan bentuk-bentuk hidup yang lebih tinggi untuk wujud. Tumbuhan-tumbuhan juga menyerap karbon dioksida, sejenis gas rumah tanaman, melalui prosesfotosintesis. Pemahaman yang baik terhadap tumbuh-tumbuhan adalah penting untuk masa hadapan manusia kerana tumbuh-tumbuhan membenarkan kita:
·         memberi makan kepada dunia;
·         memahami proses hidup asas;
·         menggunakan tumbuhan untuk ubat dan bahan; dan

·         memahami perubahan alam sekitar.

Memberi makan kepada dunia


Gregor Mendel mengasaskan genetik daripada kajian tumbuhannya.
Hampir kesemua makanan kita datang secara langsung daripada ruji-ruji serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, atau secara tidak langsung melalui ternakan yang bergantung kepada tumbuhan-tumbuhan untuk makanan. Dengan kata yang lain, tumbuh-tumbuhan terletak pada asas hampir semua rantai makanan yang digelarkan oleh ahli ekologi sebagai paras trofik pertama. Memahami bagaimana tumbuhan-tumbuhan menghasilkan makanan kita adalah amat penting untuk memberi makan kepada duniaserta untuk memberikan keselamatan makanan untuk generasi-generasi yang akan datang, umpamanya melalui pembiakbakaan tumbuhan.
Bukan semua tumbuhan adalah berfaedah kepada manusia. Sebilangan rumpai menimbulkan masalah yang besar dalam pertanian, dan botani membekalkan sebahagian pengetahuan sains asas untuk memahami bagaimana untuk mengurangkan kesannya. Bagaimanapun, rumpai yang lain merupakan tumbuhan perintis yang memulihkan alam sekitar yang disalahgunakan. Oleh itu, istilah "rumpai" merupakan suatu konsep yang relatif, dan takrif yang lebih umum untuk "rumpai" ialah sesuatu tumbuhan yang tidak begitu berjaya. Etnobotani ialah kajian tersebut serta hubungan-hubungan yang lain antara tumbuh-tumbuhan dengan manusia.

Memahami proses hidup asas
Tumbuh-tumbuhan merupakan organisma yang sesuai untuk mengkaji proses hidup yang asas, seperti pembahagian sel dansintesis protein, tanpa menimbulkan dilema etika yang dihadapi dalam kajian haiwan atau manusia.
Hukum-hukum genetik pewarisan telah ditemui dengan cara ini oleh Gregor Mendel ketika beliau sedang mengkaji cara bagaimana bentuk kacang pea diwariskan. Apa yang Mendel belajar daripada kajian tumbuhannya telah memberikan manfaat yang besar kepada bidang-bidang di luar bidang botani. Selain itu, Barbara McClintock telah menemui 'gen melompat' melalui kajian jagung. Ini merupakan salah beberapa contoh untuk menunjukkan bagaimana penyelidikan botani mempunyai hubungan yang berterusan terhadap pemahaman proses-proses biologi asas.





No comments:

Post a Comment