KEPENTINGAN PERTUMBUHAN SEKUNDER DALAM TUMBUHAN
- Menambahkan ketebalan batang dan akar untuk memberikan lebih sokongan.
- Penambahan tisu xilem dan floem sekunder membolehkan tumbuhan mengangkut lebih banyak air, mineral dan bahan organik untuk menampung keperluan pokok yang semakin bertambah.
- Membekalkan tisu xilem dan floem tambahan untuk menggantikan salur yang telah rosak dan tua.
- Membolehkan umur suatu tumbuhan ditentukan:
(a) Dalam iklim sederhana, kadar pertumbuhan sekunder berbeza sepanjang
tahun
(b) Pada musim bunga dan musim panas, kadar pertumbuhan sekunder sangat
cepat. Sel yang dihasilkan besar dan dindingnya nipis. Ia membentuk gelang
cerah dalam batang
(c) Pada musim gugur dan musim sejuk, kadar pertumbuhan sekunder perlahan.
Sel yang dihasilkan kecil dan dindingnya tebal. Ia membentuk gelang gelap
dalam batang
(d) Gelang cerah dan gelang gelap membentuk gelang tahunan yang menunjukkan
satu tahun (Rajah 13.28)
- Menghasilkan batang pokok yang keras yang boleh digunakan sebagai kayu balak. Maka, tumbuhan yang melalui pertumbuhan sekunder mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi.
Pertumbuhan
sekunder dalam akar dikotiledon
Dalam akar dikotiledon, kambium vaskular terletak di antara tisu xilem
dan fioem (Rajah 13.29).
Lapisan sel kambium ini membahagi secara tangen untuk membentuk xilem
sekunder di dalam dan fioem sekunder di luar.
Kambium gabus di bawah epidermis membahagi untuk membentuk sel gabus
untuk melindungi tisu akar.
apa kepentingan nya kpada manusia?
ReplyDeletePERTUMBUHAN SEKUNDER PENTING KERANA IA KERAS(SEKTOR PERABOT) DAN MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL(KAYU BALAK)
Delete