Saturday 19 March 2016

Proses Kejadian Tumbuhan Mengikut Sains

PERTUMBUHAN TUMBUHAN

 Pertumbuhan melibatkan pening­katan jisim dan saiz suatu organis­ma. Proses ini kekal dan tidak berbalik.
 Pertumbuhan penting untuk per­kembangan organisma dan pen­gekalan kitar hidup.
 Pertumbuhan melibatkan tiga peringkat perkembangan:
(a) Pembahagian sel: Menyebab­kan pertambahan bilangan sel
(b) Pemanjangan seI: Menye­babkan pertambahan saiz sel
(c) Pembezaan sel: Menyebab­kan pembentukan sel khusus yang mempunyai fungsi yang spesifik

Peringkat Pembahagian Sel

 Pembahagian sel berlaku secara mitosis untuk meningkatkan bilangan sel.
 Dalam tumbuhan, sel meristem membahagi untuk menghasilkan sel baharu untuk pertumbuhan.
 Pada peringkat perkembangan ini, sel hanya aktif membahagi. Oleh itu, kadar pertumbuhan perlahan.

Peringkat pemanjangan Sel

 Pada peringkat perkembangan ini, sel memanjang untuk' menambahkan saiz seI.
 Air dan nutrien diserap masuk ke dalam sel secara osmosis dan resapan.
 Dalam tumbuhan, pertambahan saiz berlaku disebabkan penye­rapan air ke dalam sel secara osmosis. Air terkumpul di dalam vakuol dan menyebabkan vakuol yang keeil membesar dan akhirnya bercantum untuk membentuk satu vakuol yang besar. Proses ini dipanggil pemvakuolan. Tekanan yang dikenakan pada din ding sel menyebabkan sel membesar kepada saiz maksimum.
 Dalam tumbuhan, nutrien digunakan untuk mem­bina protoplasma, menyebabkan saiz dan jisim sel bertambah.
 Kadar pertumbuhan paling cepat kerana ada pertambahan dalam saiz dan jisim sel.

Peringkat Pembezaan Sel

  Pembezaan sel berlaku selepas saiz sel mencapai tahap maksimum.
 Pada peringkat perkembangan ini, sel berubah bentuk dan struktur untuk menjadi sel khusus yang mempunyai fungsi spesiflk.
 Contoh dalam tumbuhan:
(a) Sel epidermis dalam akar membeza untuk memben­tuk rambut akar untuk menyerap air dari tanah.
(b) Sel epidermis dalam daun membeza untuk memben­tuk sel pengawal yang meng­awal kehilangan air daripada daun. Sel lain menjadi tisu floem dan xilem.

LENGKUNG PERTUMBUHAN

 Pertumbuhan diukur mengguna­kan parameter berikut:
(a) Tinggi atau panjang
(b) Jisim kering
(c) Jisim segar
(d) lsi padu
 Parameter ini diukur pada satu jangka masa untuk mendapatkan lengkung pertumbuhan dalam bentuk graf.

 Lengkung pertumbuhan diperoleh dengan memplotkan parameter pertumbuhan melawan masa. 

No comments:

Post a Comment